Berfikir Secara Meluas & Menyeluruh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Di sebabkan issue panas semakin memanas kat Mansurah ni, jom berfikir sebentar. Sebelum itu, saya ni bukanlah seorang ustaz yang memiliki ilmu agama yang tinggi tetapi ini hanya pandangan dari sudut pemikiran saya. Saya mulakan dengan beberapa translation dari ayat suci Al-Quran:

Surah Shad :


82) Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,


83) Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.


84) Allah berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya perkara yang benar Aku firmankan


85) Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya.

Ayat-ayat di atas menceritakan pasal penciptaan Adam & iblis enggan untuk sujud kepada Adam & berjanji akan menyesatkan seramai yang boleh anak Adam ke neraka. Iblis & syaitan tidak akan berputus asa, tidak akan makan atau minum & akan terus menyesatkan anak Adam 24/7

Berbalik kepada issue panas kat mansurah sekarang ni, beberapa page dalam facebook telah memecah belahkan masyarakat Islam Malaysia di sini. Perbuatan ini seperti membuatkan iblis & syaitan berkata sedemikian:

Berbahagialah orang yang suka menimbulkan masalah, kerana mereka akan membangkitkan pertikaian dan memporak-porandakan damai. Dan berbahagialah orang yang suka menggosip, kerana mereka akan menimbulkan perpecahan dan pertengkaran, dan ini sungguh sangat menyenangkan hatiku.

Amalan amar ma'ruf nahi mungkar & berdakwah itu perlu kerana kita sebagai manusia selalu terlalai & lupa TETAPI ada cara yang telah ajarkan kepada kita & perlu dengan cara yang berhemah dalam menegur.

Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan kamu, jika tidak mampu maka dengan lidahmu, jika tidak mampu juga maka bencilah dengan hati kamu dan itu adalah selemah-lemah iman.

Surah Al-'Asr :


1) Demi Masa!


2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;


3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Bersabarlah dalam menyampaikan sesuatu khususnya mengajak orang mengikut Islam yang sebenar-benarnya. Cuba kita fikir sekejap, berapa lama untuk manusia teragung & mulia ,Rasulullah (S.A.W) menjalankan dakwahnya? Benda yang baik selalunya memang susah untuk dibuat & memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi dengan usaha yang berterusan (dengan cara yang betul) + berdoa kepada Allah, insyaAllah. Kita sebagai manusia hanya mampu memberitahu & hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada seseorang itu.

Lyric lagu Rasulullah by Hijjaz:


Tak terjangkau tinggi pekertimu,
Tidak tergambar indahnya akhlakmu,
Tidak terbalas segala jasamu,
Sesungguhnya engkau rasul mulia,
Tabahnya hatimu menempuh dugaan,
Mengajar erti kesabaran,
Menjulang panji kemenangan,
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Maher Zain - The Chosen One :



Contohi lah manusia terhebat sepanjang zaman Nabi Muhammad (S.A.W), kalau kita pernah dengar kisah-kisah tentang Nabi kita ni, pernah tak dengar Nabi menyebarkan aib orang lain? Setahu saya tiada.

Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat


(HR Muslim)

Orang akan lebih mudah menerima nasihat, bila nasihat itu diberikan dengan cara yang baik. Cuba kita fikirkan kenapa arab jahilliah zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dengan senang hati masuk Islam? pada pendapat saya ialah kerana akhlak Nabi yang sungguh mulia,cara penyampaian Islam yang betul & Islam itu agama yang mudah,menyenangkan & betul.

Tak yakin juga dengan pendapat saya ini? cuba sedara-sedari sekalian baca cerita dalam entry saya sebelum ini:

http://perjalanan-seorang-musafir.blogspot.com/2011/05/ni-lagi-1-cite-aku-nak-share.html

Akhir kata dari saya, do not seek to change others. Instead become the change you seek. Your example will change others. <-- Ada macam Nabi Muhammad (S.A.W) buat tak?

We still have time to set it right again , insyaAllah :)



Renung-renungkan bersama :)

2 comments:

zack-ile said...

wah semat gler penulisan ko, jelesnye...
keep it up...
nice..
nk share la..

Anan Mohamad Akmal Adanan said...

biase2 je ni, xsegempak penulis2 lain, ni just pandangan je, silakan , nak sng tekan like je atas tu

Post a Comment