Amalan Yang Kian Menghilang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sempena malam Jumaat yang mulia ni, teringat kembali kisah silam. Bila dikaitkan malam Jumaat sahaja, kebanyakkan umat Islam di Malaysia berpusu-pusu mencari pahala lebih dengan membaca Surah Yaasin. Amalan yang mulia ini dengan secara tidak langsung telah mengeratkan banyak silaturrahim. Hubungan kita dengan Allah semakin dekat, membaca secara berkumpulan seperti bersama-sama keluarga atau bersama rakan juga mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin.

Berdasarkan pemerhatian saya, amalan ini semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Kepada yang masih lagi mengamalkan amalan yang mulia ini, saya respect :) .Terlalu sibukkah kita sampai tidak dapat meluangkan masa sedikit untuk terus meneruskan amalan yang mulia ini. Tidak semestinya malam Jumaat sahaja tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Sesuatu yang baik semestinya susah untuk dilakukan, ia memerlukan disiplin,mental & semangat yang tinggi.

Sesuatu yang popular tidak semestinya baik dan sesuatu yang baik tidak semestinya popular

Surah An-Nahl :


96) (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.


97) Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.


98) Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.


99) Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.


100) Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

Kesimpulannya, bersabarlah dalam membuat amalan memberi kebaikan kepada kita dan orang-orang di sekeliling kita. Kita juga perlu berdoa agar Allah sentiasa menjaga kita dari hasutan syaitan & iblis.

Mari renung-renungkan bersama :)

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment