Tertangguh Sebentar

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Maaf semua kerana bz sket nak final ni, insyaAllah lps final akan update lg :)

Wallahu a'lam

Kursus Umrah

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Semalam pegi kursus umrah dkat dirasat, yg follow skali ade 2 org akak rasanya & sorang lg aja. lama jugak nak tunggu transpot utk pegi dirasat tu tp alhamdulillah ada la tremco ni kosong & ke dirasat. nasib time sampai xjauh sgt ust tu ckp, ada 3 org je lelaki, aku & 2 org ust. smpai2 je trus record la kan sbb mne tau nak gne nnt. mula2 mcm nmpk ssh, tp bila da mcm last2 camtu mcm xla rumit sgt. insyaAllah semua nya berjln dgn lancar. lps dah abes semua tu, mkn2 sket & balik. boleh plak time sampai2 kat kuliah tibb tu kosong je, patut la kosong sbb gate sbelah sana dah tutup, so terpaksa la pusing ikut lua. insyaAllah ada lg post lps ni. :)

Wallahu a'lam

Tak Sempat

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selang beberapa hari / minggu, pelbagai urusan yg datang berturut2 menyebabkan x sempat nak update blog ni. Sedih sungguh hati ini sbb ada byk benda nak dikongsikan dengan pembaca2 blog ni tp apakan daya xde rezeki lg nak tulis psl benda tu.

2/3 hari yg lps pegi ambik zakat selangor, alhamdulillah dipermudahkan urusan kami semua. Ummi memberi kebenaran menggunakan kereta MedicMesir utk pegi ke rumah selangor kat cairo tu. Lps semua urusan da settle, ktrang sume singgah ke Carrefour cairo. Keje aku tdo je memanjang time aiman drive. oh lupe, yg follow skali ialah, aiman latiff, kausar, ayu, k.cik, engku nor alia & syamil. aku mmg xlarat nak shopping sbb mlm sebelum tu tdo sejam je , xtau nape xleh tdo.

smlm pula pegi cashkan cheque zakat tu, alhamdulillah juga dipermudahkan. pastu follow dorang g baron, ayu & aja nak bayar duit umrah. pastu akak tu tanye nak follow skali ke x, balik je kat rumah call mama & papa, pastu dah dpt green light, cpt2 g ambik gmba size umrah, pastuh balik ambik duit & barang2 lain pegi kat dirasat nak jumpe akak tu. punye la ssh nak dpt teksi tp alhamdulillah ade brader ni sanggup nak hantar, 3 genih pon xpe la tp mmg jauh pon. smpai2 je kat dirasat call2 akak tu engage, maybe solat kot sbb smpai2 je dah marghrib. lps da dpt call akak tu kasi la direction, nasib baik turun kat tempat yg betul. 1st time tgk kuliah azhar cawangan mansurah, kecik je kuliah dorang. pastu jln2, tetibe akak tu call, akak tu ckp akak tu kat situ, tp xnmpk2 pon, last2 tetibe akak tu muncul dpn mata. haha. magic tol akak ni. alhamdulillah settle sume, mlm tu akak tu kasi borang & dah dihantar balik. Ya Allah, permudahkan lah urusanku ini. impianku hampir tercapai, insyaAllah lg 76 hari. :)

oh yea, aritu pegi cairo bli microwave & shade , hehe. panas sgt lah kat cni, silau mata ni, da la mata ni silau dia tinggi, alhamdulillah ade shade yg murah2 je, dpt la tahan silau tu sket.

hari ni plak try main balik basket stelah seminggu xmain, harini rasa mcm yakin je, kebykkan masuk, lagi2 3 pointer. alhamdulillah, harap2 dpt kekalkan rentak permainan :) . insyaAllah kalau ada cerita best lg nnt aku tulis :)

Wallahu a'lam

Follow Up

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Semalam baru je habis round examination utk Uro-Nephrology. Alhamdulillah la mlm sebelum exam tu ajak hadi,zakwan & azim wat soalan sama2, tp ktrang dapat wat 12 soalan je sbb ssh sgt, tgk2 esknnye time exam dari 12 soalan yg ktrang wat tu, klua 10 soalan. Subhanallah :) .

Malamnya plak semi final playoff basketball, rmai penonton smlm alhamdulillah tp game smlm mmg agak tension xtau nape, sampai ade yg nak gaduh2, relax la bro. mutants vs knight memule ingatkan knights yg mng, last2 mutant kejar lik & penentuan melalui free throw. yg star2 sume xmasuk, last2 piqal gak jd hero utk team mutant. sedey je team knights. xpe2, mlm ni korang target la no 3 yek. raptors (teamku ;) ) vs warloads plak same je tension . syahiran strain ankle dia. cuak trus sbb xtau nak diagnosis, last2 naseb ade abg amin, so abg amin suro g wat x-ray. last2 team raptors mng. mlm ni final, chaiyok2~! :D , wlaupon xdpt chance nak main xpela, xde rezeki org ckp. ni last kot nak main utk tournament, lps ni main yg play for fun jela.

last follow up is pengalaman 1st time masuk Operation Theater, aritu xdpt masuk sbb nak siapkan assignment. alhamdulillah dpt masuk utk kali ni. seronok la gak tgk doc tu bedah2 dari jarak dekat wlaupon xtau ape la yg dia wat tu. da la xde stance yg tinggi so xnmpk sgt. time2 tgh bedah tu tibe2 ade complication, trus head surgeon tu dtg & marah2 sket. sbelum tu ktrang dak msia kene marah ngan anesthesis sbb pijak tube tu pdhal ade arab ni slalu dtg2 pijak, ktrang stay still je kot. haish. pastu anesthesis tu plak kene marah ngan surgeon tu sbb mslh ngan anesthesia org tu. ngan tension nyer ktrang dak msia klua dari OT tu pegi OT sbelah. kat sini plak ade mat saleh plak jd surgeon. tp jd assistant jela. seronok yg belah cni, xde org kaco. tp last2 tu dtg plak dak arab yg kacau td , haish, pastuh dia suro aku plak ketepi, aih, sdap2 dia je , dia xnmpk sbb dia nak duduk kat kerusi. nak duduk xyah la tgk, ish2. tu jela pengalaman pertama masuk OT, lps ni round surgery plak so lg byk masuk OT, nak kene bli scrubs .

Wallahu a'lam

17 Petua Mencuci Hati

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Wallahu a'lam

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1004-petua-mencuci-hati.html

Inikah Yang Dikatakan Dengan Adil?

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Satu lagi artikel dari iluvislam yang menarik hati saya untuk berkongsi bersama-sama semua, penulisannya dalam English, mari kita renungkan bersama:

A Jew can grow his beard in order to practice his religion

When Muslim does the same, he is an extremist and terrorist!

A nun can be covered from head to toe in order to devote herself to God, right?

but then..when a daughter-ummah does the same, why is she oppressed?

When a western woman stays at home to look after her house and kids, she is respected by the entire society because of sacrificing her life to her house

But when a Muslim woman does so by her will, they say, "she needs to be liberated!"

Any girl can go to university wearing what she wills and have her rights and freedom

But when Muslimah wears a Hijab they prevent her from entering her university!

When a child dedicates himself to a subject, he is said to have potential

But when he dedicates himself to Islam, world regards him as a hopeless mind!

When a Christian or a Jew kills someone, religion is not mentioned, but when

Muslim is charged with a crime, it is Islam that goes to trial!

When someone drives a perfect car in a bad way, no one blames the car

But when any Muslim makes a mistake or treats people in a bad manner - people say "Islam is the reason"!

When someone sacrfices himself to keep others alive, he is noble and all respect him

But when a Palestinian does that to save his son from being killed, his brother's arm being broken, his mother being raped, his home being destroyed, and his mosque being violated -- He gets the title of a terrorist! Why? Because he is a Muslim!

When there is a trouble, do we accept any solution?

If the solution lies in Islam, we refuse to take a look at it.

Without looking to the tradition of Islam, people believe what the newspapers say

But question what the Quran says!

Despite all the perceptions about Islam, Muslims shall not step backward, neither become irrational, remember how the Prophet PBUH responded to insults?

Sebagai seorang Muslim/Muslimah, kita perlu bersabar dalam menghadapi segala ujian yang diberiNya kerana Allah tidak akan membebani hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu.

Surah Al Baqarah:


286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Wallahu a'lam

20 Amalan Murah Rezeki

0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nak share sket psl satu artikel menarik dari iluvislam :

1) Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

2) Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

3) Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

4) Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

7) Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

8) Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9) Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10) Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11) Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12) Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13) Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14) Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15) Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16) Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17) Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18) Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19) Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20) Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Wallahu a'lam

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2227-20-amalan-murah-rezeki.html